//Forever Imperfect
CINTA BARU

Tuesday, September 7, 2021 @ 9:04 AM | 0 Comment [s]

Perjalanan yang penuh liku mempertahankan cinta. Cinta yang baru hadir dalam hidup aku. Memberi aku senyuman yang sebenar setelah aku semakin tidak mengenal erti cinta yang sebenar. Aku pernah gagal dengan perkahwinan pertama aku dan aku menerima cinta yang baru. Nampak mudah betul aku menerima yang baru tapi sampai bila aku harus mempertahankan hubungan yang semakin kelam dan cinta yang kian terhakis. Tersangat 'magic' kerna aku menerima dia dengan cepat. Bukan tak ada yang mencuba hadir memberi cinta tapi hati ini tak mudah menerima melainkan dia. Pada awalnya, aku tak pernah tersangka yang dia akan hadir membawa satu rasa yang aku sendiri tak pasti. Penuh tanda tanya apakah ini sebenarnya cinta yang sebenar? Tapi bila hati ini menerima dia, aku menerima pelbagai dugaan. Semakin aku hairan adakah ini tanda yang dia bukan milik aku. Hari demi hari, aku sentiasa bersabar dengan dugaan dan akhirnya aku di pinang untuk menjadi isterinya. Penat, marah, dendam itu semua jangan cakaplah dan sememangnya aku hampir mengalah untuk mempertahankan hubungan kami. Dugaan yang tak pernah aku lalui dan aku lalui itu semua apabila bersama dia. Pelbagai perkara yang aku tak ingini berlaku tapi kuasa Allah. Aku masih bersamanya sehingga ke hari ini. Kadang aku terpikir kenapa kuat betul ujian yang aku terima bila bersama dia. Rupanya Allah nak tunjuk sebelum bahagia itu hadir, aku harus melalui ujian yang diberi. Betul lah kata-kata dia iaitu "ALLAH UJI KITA IKUT KEMAMPUAN HAMBANYA". Cantik perancangan Allah sebenarnya tapi kita yang anggap itu sebagai bala yang menimpa. Akhirnya, aku kian bahagia. Bahagia bersama dia cinta baru. Semoga ikatan ini berkekalan hendak-Nya. Saya ikhlas sayangkan awak, cintakan awak :)



Older Post
The Disclaimer

Being deeply loved by someone gives you strength, while loving someone deeply gives you courage.

NUR ISTIANAH BINTI SALEHUDIN, MILIK MOHD FAUZAL

STATUS: TUNANG ORANG


Navigations!

Diary

The Credits!

Template by : Farisyaa Awayy
Basecode by : Nurynn
Full Edited : eicy vivien

Best View at GOOGLE CHROME!